BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Animated Pictures Myspace Comments

Wednesday, April 21, 2010

macam2 hal,....

Gelora lihat tubuh kerani...

KUALA LIPIS: Tua miang keladi. Itu panggilan paling layak diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar haji apabila mengambil kesempatan mencabul pekerjanya ketika mangsa menjalankan tugas hariannya sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di bandar ini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun membongkar perbuatan terkutuk itu kepada ibunya selepas tidak tahan sikap majikannya yang kerap melakukan gangguan seksual. Sebelum kejadian, mangsa yang menjalankan tugasnya dihampiri majikannya itu dari belakang sebelum lelaki terbabit memeluknya dan cuba mencium pipi.Terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, mangsa cuba melepaskan diri sambil merayu tidak diapa-apakan sebelum suspek melepaskannya. Difahamkan, lelaki terbabit tidak dapat menahan gelora nafsu selepas melihat keayuan wajah mangsa sebelum menunggu peluang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata ibu mangsa yang sukar mempercayai perbuatan majikan anaknya itu membuat laporan kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis, petang kelmarin.Menurutnya, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya di bandar ini sebelum dibawa ke IPD Kuala Lipis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.Katanya, polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kejadian terbabit kepada timbalan pendakwa raya untuk memutuskan kes itu akan didakwa atau sebaliknya. Abdul Razak berkata, berikutan itu, mangsa berhenti kerja di syarikat berkenaan kerana trauma dicabul majikan.

p/s: i noe who is that person....
ops beritanya kudapati di sini!

2 orang bagi komen beliau:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

u taw??sapa u?cheh!sebok da dtg..hik3

Cik Yanie (",) said...

hehe..u nk taw???cik tipah...